KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Ahmad Maslan mengenai "Kalau Esok PRU" boleh menjadi "Lawak Antarabangsa" kerana ia tidak masuk akal.
Selain itu, beliau juga menambah Ahmad Maslan sebagai angkuh.
"Ada seorang yang angkuh ni yang memegang jawatan di dalam parti dan kerajaan yang kata esok bukan pilihan raya.
"Ia seperti bila seorang ibu tanya anaknya apa dia hendak jadi bila dia besar dan anaknya jawab 'esok saya masih budak, mak'," kata Muhyiddin hari ini memetik laporan Astro Awani.
Tambahnya lagi, beliau sedar yang PRU bukan pada hari esok, tapi perkataan 'esok' itu digunakan sebagai perumpamaan.
"Ini boleh jadi lawak antarabangsa. Saya pernah beberapa kali jadi pengarah pilihan raya UMNO... apa yang saya katakan adalah untuk mengingatkan.
Muhyiddin juga turut menegaskan kenyataannya bukan untuk merosakkan reputasi parti tetapi untuk mengingatkan UMNO akan menghadapi waktu sukar jika tidak bangkit sekarang. - Siakapkeli.my