Wednesday, August 5, 2015

Konsep Dating Yang Baru, Ukur Saiz Payudara Wanita


China – Penduduk di China kini mempunyai konsep berpacaran yang baru di mana kaum lelaki akan mengukur saiz payu dara wanita dan kaum wanita juga perlu menanggalkan solekan bagi mengelakkan berlaku kejutan terhadap rupa paras mereka.

Konsep baru itu diadakan dalam program berpacaran besar-besaran yang disertai oleh 30,000 orang yang diadakan di Hanzhou.

Ia diadakan di taman tema air di mana peserta juga turut menyertai permainan dalam air dan pertandingan tarik tali.

Semua peserta perlu memakai pakaian mandi yang sesuai.

Bagaimanapun program ini mendapat kecaman ramai melalui media sosial kerana ia disifatkan sebagai menjatuhkan maruah kaum wanita.

“Adakah ia bermakna bahawa wanita hanya diukur melalui saiz payu dara dan muka semata-mata.

“Ia menunjukkan sisi menakutkan di kalangan kaum lelaki. Lebih menyedihkan apabila wanita sendiri tidak menghormati diri mereka,’’ demikian kecaman yang diterima dalam media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Add Comments


EmoticonEmoticon