GAMBAR dari klip video menunjukkan empat warga asing (duduk) diancam bunuh oleh anggota Abu Sayyaf.
Manila: Kumpulan Abu Sayyaf semalam menuntut bayaran tebusan 1 bilion peso (RM90 juta) bagi setiap tiga lelaki dan seorang wanita yang mereka tawan di selatan Filipina September lalu.
Tuntutan itu disuarakan oleh seorang mangsa menerusi video, semalam. Ketiga-tiga lelaki berkenaan dua rakyat Kanada dan seorang Norway serta wanita Filipina ditunjukkan menerusi klip video itu dalam keadaan duduk dengan sekumpulan lelaki bersenjata mengelilingi mereka. “Saya merayu kepada Perdana Menteri dan rakyat Kanada, tolong bayar wang tebusan ini secepat mungkin kerana nyawa kami dalam bahaya,” kata seorang lelaki berjanggut yang dikenali sebagai John Ridsel, jururunding perlombongan dari Kanada.
“Kami ditahan oleh Abu Sayyaf. Mereka menuntut wang tebusan 1 bilion peso bagi setiap seorang kami,” katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.