Thursday, November 12, 2015

Kerana Cinta Lelaki Ini Dirantai Dan Di Kurung Selama 21 tahun

Kerana Cinta Lelaki Ini Dirantai Dan Di Kurung Selama 21 tahun

Kerana cinta

Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagian besar masanya hanya terlantar di katil.

Menurut media , Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal.Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.

Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam.Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta. "Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah , "katanya.

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. "Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya," katanya.

Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan. "Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya," katanya.

Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka. "Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya, "katanya.

Kisah sedih

China

Sakit mental

Dirantai

Thursday, August 27, 2015

 Gempar!!! Kepala Wanita Berusia 87 Tahun Ditumbuhi Tanduk, Lihat Foto Seterusnya Selepas Tanduk Dibuka Amat Mengejutkan Sekali!

Gempar!!! Kepala Wanita Berusia 87 Tahun Ditumbuhi Tanduk, Lihat Foto Seterusnya Selepas Tanduk Dibuka Amat Mengejutkan Sekali!


Gempar!!! Kepala Wanita Berusia 87 Tahun Ditumbuhi Tanduk, Lihat Foto Seterusnya Selepas Tanduk Dibuka Amat Mengejutkan Sekali!

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Video: Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung

Video: Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung



SEORANG wartawan dan jurukamera stesen televisyen rangkaian CBS mati dibunuh ketika sedang bersiaran langsung apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.
Mangsa, Alison Parker, 24; dan Adam Ward, 27; ketika kejadian sedang menemuramah Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki Gardner untuk satu program pagi menerusi saluran WDBJ-TV.
Video kejadian turut disiarkan secara ‘live‘ di mana tembakan yang mengorbankan kedua-dua mangsa itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program berkenaan terkejut.
Pembunuh tersebut, Vester Lee Flanagan atau lebih dikenali sebagai Bryce Williams, 41; dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila dia cuba membunuh dirinya sendiri selepas kejadian pada pagi Rabu berkenaan.
Motif kejadian itu dipercayai membalas dendam kerana suspek pernah dipecat stesen televisyen tersebut apabila sering mengadu menjadi mangsa diskriminasi dan perkauman dengan rakan-rakan sekerjanya.
(Amaran: Rakaman video mengandungi unsur ganas)

Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran… oleh mynewshub
Menerusi video, kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan yang disusuli jeritan daripada Alison dan Vicki akibat ketakutan.
Stesen berkenaan dengan segera menutup siaran temuramah tersebut beberapa saat selepas kejadian.
Gambar suspek telah pun berjaya diambil dari video kamera jurukamera yang maut.
CNVi1f9VAAAcSE7
Sumber: Twitter Tom Winter
Dalam perkembangan terbaru, Gabenor Virginia berkata penembak adalah seorang bekas pekerja yang tidak berpuas hati dengan stesen televisyen berkenaan.-Mynewshub.cc
Oleh: haziqqqqq

Wednesday, August 26, 2015

[VIDEO] ZALIM ! Punca Gadis 16 Tahun Dibelasah Dan Dibakar Hidup-Hidup Hingga Mati!!

[VIDEO] ZALIM ! Punca Gadis 16 Tahun Dibelasah Dan Dibakar Hidup-Hidup Hingga Mati!!



GUATEMALA CITY – Seorang gadis berusia 16 tahun dilapor dipukul sebelum dibakar hingga mati di Guatemala oleh sekumpulan penduduk kampung kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemandu teksi.

Menurut laporan Daily Mail, gadis itu merupakan antara tiga suspek yang merompak dan membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun, Carlos Enrique González Noreiga di Rio Bravo, Guatemala.

Difahamkan, selepas kejadian, tiga suspek termasuk wanita itu cuba melarikan diri, tetapi malangnya gadis yang mengambil laluan yang salah itu akhirnya dikepung oleh penduduk Rio Bravo.

Berang dengan perbuatannya, penduduk tidak melepaskan peluang untuk menghukum wanita itu dengan cara yang lebih ganas.

Video viral yang berdurasi hampir lima minit itu menunjukkan remaja wanita itu berlumuran darah akibat dipukul dan ditumbuk sebelum dibakar oleh penduduk tersebut walaupun dia cuba melarikan diri beberapa kali.

Mangsa itu dilihat menjerit dalam kesakitan apabila api merebak membakar seluruh tubuhnya dan akhirnya dia mati akibat kelecuran badan yang teruk.

Namun, video yang dimuat naik itu tidak disiarkan oleh kebanyakan agensi berita kerana kandungannya yang terlalu ekstrem.

Menurut laman web berita Tiempo, identiti gadis itu belum didedahkan polis buat masa ini untuk meredakan keadaan.

Polis dilapor sedang menyiasat kes ini.

Tonton Video Dibawah:

Saturday, August 22, 2015

Dikorek Biji Mata Sebagai Rawatan Kerana Dirasuk

Dikorek Biji Mata Sebagai Rawatan Kerana Dirasuk



BUENOS AIRES: Seorang gais berumur 16 tahun telah diperlakukan seperti binatang oleh kelaurga sendiri selepas dia dirogol beramai-ramai kemudian matanya telah dicungkil oleh kakaknya sendiri General Pinedo

Menurut laporan, mereka berbuat demikian selepas mendapat arahan daripada seorang paderi tempatan sebagai cara mengubatinya selepas dikatakan telah dirasuk. .

Gadis berkenaan kini dikatakan sedang nazak dan bertarung nyawa di unit rawatan rapi hospital berhampiran kediaman mereka.


Dia diperlakukan demikian kerana keluarganya percaya dia telah dirasuk oleh makhluk halus menyebabkannya sering terbayang-bayang kelibat binatang di dalam kepalanya.

Menurut cerita kakak mangsa, dia telah diberikan sebilah pisau tajam oleh paderi berkenaan untuk digunakan mengcungkil mata adiknya itu kerana percaya cara berkenaan dapat memulihkan adiknya malahan ibu dan bapanya turut bersetuju setelah mempercayai kata-kata paderi berkenaan.

Pihak polis tempatan mengesahkan gadis berkenaan kini telah dirawat dan dalam keadaan kritikal di mana mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian alat sulitnya dan mereka yang merogolnya dalam upacara pemujaan aneh tersebut akan ditangkap.

Dalam masa 22 tahun saya berkhidmat dengan pasukan polis Argentina, inilah kali pertama saya melihat satu kes yang begitu mengejutkan dan lebih dahsyat dilakukan oleh ahli keluarga sendiri mangsa pula.

“Begitu juga dengan pihak pendakwa raya. Mereka juga baru pertama kali berdepan dengan kes yang kejam ini. Sukar untuk dibayangkan perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang remaja,’’ kata polis. - Siakapkeli.my

Wednesday, August 19, 2015

Gempar!!! Gambar Misteri Penemuan Mahkluk Aneh Seperti Alien...

Gempar!!! Gambar Misteri Penemuan Mahkluk Aneh Seperti Alien...

Well, jokes aside, this curious creature found in the forest near Kiev. Does anyone have any idea what's rays?



Suami Saman Isteri RM82 Ribu Kerana Wajah Buruk

Suami Saman Isteri RM82 Ribu Kerana Wajah Buruk


  • Suami failkan saman terhadap isterinya bagi menuntut ganti rugi selepas sehari perkahwinan mereka, setelah dia melihat wajah isterinya tanpa solekan membuatkan dia merasakan dirinya telah ditipu.
  • Suami memfailkan saman berjumlah £13,000 (RM82,136) terhadap isterinya atas penderitaan psikologi. 
  • Mahkamah di Algiers diberitahu, lelaki itu menyangka wanita terbabit adalah pencuri.

Semasa perkahwinan, lelaki itu bersetuju untuk hidup semati di kala susah ataupun senang bersama isterinya. Namun, segala-galanya musnah setelah melihat wajah isterinya tanpa solekan.

Lelaki itu sangat terkejut setelah melihat wajah wanita itu pada waktu pagi, sehari selepas perkahwinan mereka dan dia tidak menyangka itu adalah isterinya sendiri sebelum menuduhnya sebagai seorang pencuri yang telah memecah masuk ke rumah mereka.

Namun, setelah menyedari wanita itu sebenarnya adalah wanita yang berkahwin dengan dirinya semalam, dia membuat keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah, atas asalan penderitaan psikologi  kerana merasakan dirinya telah ditipu dengan solekan di wajah wanita itu.

Pengantin lelaki itu menuntut ganti rugi sebanyak $20,000 (£13,000).

Lapor akhbar di negara Utara Afrika-Arab, pengantin lelaki itu bersumpah di mahkamah bahawa dia menyangka isterinya adalah seorang pencuri yang datang untuk mencuri di apartmennnya.

"Dia berkata dia telah ditupu kerana sebelum berkahwin, wanita itu selalu menggenakan solekan di wajahnya," lapor sumber dari mahkamah.

"Katanya lagi, wanita itu kelihatan sangat cantik dan menarik perhatian sebelum berkahwin. Namun, selepas dia bangun dari tidurnya, dia sangat terkejut melihat wajah wanita itu selepas mencuci mukanya dan menyangka dia adalah seorang pencuri," kata sumber. - THEHYPEMEDIA.COM
Senjata Pelik Yang Digunakan Oleh Penduduk Madagascar Untuk Mempertahankan Diri

Senjata Pelik Yang Digunakan Oleh Penduduk Madagascar Untuk Mempertahankan Diri



WOW GENIUS BETUL ORANG MADAGASCAR NI KAN!

Inilah Senjata Pelik Yang Digunakan Oleh Penduduk Madagascar Untuk Mempertahankan Diri. Nampak macam pelik je kan.. tapi ini benar-benar berlaku kat sana. cuba korang tengok 7 lagi foto seterusnya...

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI