Saturday, November 7, 2015

Gambar Biasa Sahaja Tapi Menimbulkan Marah !!...korang tengok sendiri pasti anda naik geram..

Gambar Biasa Sahaja Tapi Menimbulkan Marah !!...korang tengok sendiri pasti anda naik geram..




Ada wanita moden yang berstatus tinggi dan berduit hari ini memilih jalan pembedahan kosmetik (yang mahal dan berisiko) atau suntikan botox untuk mem besarkan payudara mereka. Ada juga yang membeli alatan pelik seperti pam payudara untuk membesarkan saiz payudara. Namun sebenarnya ada cara yang lebih mudah, murah dan semulajadi untuk menambah baik saiz dan bentuk payudara anda secara semulajadi.

Tahukah anda, dengan kaedah urutan yang betul, yang hanya mengambil masa 20 ke 30 minit sehari, anda sebenarnya mampu memiliki pertambahan saiz payudara sehingga 1 cup (saiz coli) dalam masa sebulan sahaja?

Dengan kaedah urutan yang betul pada payudara, ia mampu memberikan stimulasi dan membaikpulih kelancaran aliran darah. Phytoestrogens (hormon ke wanitaan)akan bergerak melalui aliran darah, jadi bila adanya aliran darah yang lebih banyak, lebih mudahlah urat penerima pada buah dada anda menyerap apa yang mereka perlukan untuk membesar.
Urutan pada payudara secara konsisten juga akan menghasilkan prolaktin yang lebih banyak. Prolaktin yang merupakan hormon yang bertanggungjawab membesarkan saiz payudara akan terhasil dengan adanya urutan berterusan pada buah dada dan juga puting.Cara melakukan urutan pada buah dada ialah :

Gosok kedua tapak tangan anda dengan kuat sehingga anda dapat merasakan kehadiran kehangatan haba padanya. Bila adanya kepanasan (suam-suam), letakkan tangan anda pada buah dada anda. Gosok ke bahagian dalam dengan tangan anda, sambung sehingga ke sekeliling buah dada anda. Tangan kanan anda akan berpusing mengikut arah jam manakala tangan kiri pula kan berpusing mengikut arah lawan jam.

Lakukan dalam lingkungan 100 – 300 pusingan urutan pada waktu pagi dan sekali lagi dalam lingkungan 100- 300 pusingan urutan sebelum anda tidur. Setiap satu pusingan urutan biasanya dalam lingkungan 2 saat. Berhenti seketika jika tangan anda sudah sejuk dan gosokkan semula tapak tangan anda agar ia panas kembali.
Urutan penuh 300 pusingan biasanya mengambil masa dalam 10 ke 15 minit sahaja. Dengan melakukan kaedah urutan ini dua kali sehari setiap hari, anda akan dapat melihat kesan yang menakjubkan dalam masa sebulan.

Urutan juga boleh menggunakan minyak untuk menambah rasa selesa. Jika anda mahu menggunakan minyak urutan, minyak yang biasa di gunakan ialah minyak badam (almond). Campurkan 9 titik minyak geranium dan 16 titik minyak Ylang Ylang ke dalam 50 ml minyak badam. Campuran minyak ini boleh anda gunakan semasa urutan atau boleh juga di sapu begitu sahaja.

Satu lagi kaedah yang baik untuk membantu membesar dan menegangkan payudara ialah dengan menggunakan krim payudara yang ada pada zaman moden ini. Antara yang terbaik ialah krim FC atau Firming Cream dari Bio Asli.

Kesan sampingan yang bagus jika anda konsisten melakukan urutan pada buah dada anda ialah darah haid anda akan berkurangan. Ini ialah kerana sejumlah darah yang biasanya keluar begitu sahaja semasa period akan di gunakan untuk membesarkan saiz payudara anda. Satu lagi kesan ialah anda akan kurang mengalami masalah senggugut kerana peningkatan jumlah hormon yang bekerja. Puting payudara juga akan menjadi lebih sensitif,
namun cuba elakkan menyentuh puting semasa melakukan urutan.

Sebenarnya kaedah urutan ini ialah kaedah tradisional lama yang telah di amalkan sejak dahulu lagi oleh pengamal Taoist dan di panggil kaedah kijang betina. Ini bermakna kaedah ini telah lama di amalkan dan terbukti sejak lebih beratus tahun dahulu lagi. Apa yang anda perlu anda ada ialah meluangkan sedikit masa, dengan semangat atau keinginan kuat, dan juga ilmu.

Thursday, August 27, 2015

Video: Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung

Video: Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung



SEORANG wartawan dan jurukamera stesen televisyen rangkaian CBS mati dibunuh ketika sedang bersiaran langsung apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.
Mangsa, Alison Parker, 24; dan Adam Ward, 27; ketika kejadian sedang menemuramah Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki Gardner untuk satu program pagi menerusi saluran WDBJ-TV.
Video kejadian turut disiarkan secara ‘live‘ di mana tembakan yang mengorbankan kedua-dua mangsa itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program berkenaan terkejut.
Pembunuh tersebut, Vester Lee Flanagan atau lebih dikenali sebagai Bryce Williams, 41; dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila dia cuba membunuh dirinya sendiri selepas kejadian pada pagi Rabu berkenaan.
Motif kejadian itu dipercayai membalas dendam kerana suspek pernah dipecat stesen televisyen tersebut apabila sering mengadu menjadi mangsa diskriminasi dan perkauman dengan rakan-rakan sekerjanya.
(Amaran: Rakaman video mengandungi unsur ganas)

Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran… oleh mynewshub
Menerusi video, kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan yang disusuli jeritan daripada Alison dan Vicki akibat ketakutan.
Stesen berkenaan dengan segera menutup siaran temuramah tersebut beberapa saat selepas kejadian.
Gambar suspek telah pun berjaya diambil dari video kamera jurukamera yang maut.
CNVi1f9VAAAcSE7
Sumber: Twitter Tom Winter
Dalam perkembangan terbaru, Gabenor Virginia berkata penembak adalah seorang bekas pekerja yang tidak berpuas hati dengan stesen televisyen berkenaan.-Mynewshub.cc
Oleh: haziqqqqq

Wednesday, August 26, 2015

Langgan Pelacur Dan Pesta Seks Lepas Bersih 4.0?

Langgan Pelacur Dan Pesta Seks Lepas Bersih 4.0?

Penulis agak terperanjat apabila menerima satu print screen perbualan sebuah kumpulan yang dipercayai berkaitan dengan Bersih 4.0 di WhatsApp.
Jelas dalam perbualan berkenaan beberapa ahli kumpulan terbabit bercerita mahu melanggan pelacur sebaik program Bersih yang dijadual berlangsung hujung minggu ini berakhir.
Pastinya di zaman ini di mana media sosial dijadikan medium untuk menyebarkan fitnah, gambar seperti ini sudah tentu akan dan boleh menimbulkan persoalan.
Namun, tidak semestinya ia print screen palsu. Kalau dilihat pada lenggok bahasa nyata ia adalah perbualan antara rakan-rakan yang mahu bergembira.
Justeru, pastinya kini menjadi tanggungjawab pihak Bersih 4.0 dan nama-nama yang tersebar untuk tampil membuat penafian atau mungkin pengakuan.
Andai ia benar, agak sedih juga benda seperti ini berlaku terutama jika ada lelaki Melayu/Islam pun mahu ‘membuat tempahan’.
** Sementara itu, tinjauan terkini Mynewshub mendapati gambar atau print screen berkenaan telah viral di pelbagai media sosial terutama Twitter. -MYNEWSHUB
Oleh: AK47